Monday, November 8, 2010

Foto Perkahwinan Majlis Bertandang Affiq & Alin

Alam Megah Wedding

Semalam, sempat menyertai sesi fotografi perkahwinan bersama dengan apen80. Malah turut juga disertai dengan amat dan encikkoy.
Bahagian yang menarik adalah kami di pelawa makan sendiri oleh jurufoto kerana ini adalah majlis perkahwinan adiknya. Suasana sederhana yang serba meriah meliputi dewan MBSA Taman Megah Alam seksyen 28 Shah Alam. Apa pun, ucapan terima kasih kepada apen80 dan keluarga yang telah mengundang dan
memberi layanan mesra kepada kami. Ucapan tahniah kepada kedua mempelai dan didoakan agar berkekalan hingga ke anak cucu. Insyaallah.

Monday, November 1, 2010

Welcome Everyone...

Hi everybody, thanks for visiting Photo Plus.
This is our starting point of making this photography business as serious as it can be.
Itchy Palm

Tuesday, March 16, 2010

Foto Perkahwinan Majlis Sanding Siti Khadijah & Mohd Hasbullah

Untitled-1

Pagi Sabtu lepas, bergegaslah ke lokasi pengantin Siti Khadijah atau Jijah dan suami beliau Mohd Hasbullah di Klang. Malang memang berbau, wap air muncul dari depan 'hood' kereta. Dalam tempoh dan jarak yang hanya beberapa ketika, kereta kondem. Sesi pernikahan akan berlansung beberapa minit saja lagi. Nak berjalan, masih jauh bagi jarak kaki dan waktu yang sememang tak akan sempat mengejar. Terpaksalah mengusung kereta dengan jentera lain.
Pendekkan cerita, hanya berkesempatan untuk sesi persandingan saja. Majlis berlangsung dengan penuh kesederhanaan dan tanpa masalah.
Apa pun, mohon ribuan kemaafan pada pasangan majlis kerana kelewatan kami punca kehilangan detik beharga buat mereka.
Kepada pasangan ini, Selamat Pengantin Baru diucapkan. 'Welcome to the club!' dan semoga berbahagia ke anak cucu.

p/s: flash malfuntion during event. memang tak gemar bila terjadi, tapi itulah dugaan. thanks to Hafiz, without him i'm perish.

note on 17th March - the flash is ready and back in business. yeay! that was a quick fix for a warranty and i'm so relieved ;)
and best part, they replaced with new one!

Friday, January 15, 2010

Foto Persandingan Aisyah & Azhan

Roses For Aisyah's Wedding

Salam alaikum dan sejahtera buat semua,

Pertamanya, mohon keampunan kepada Aisyah dan Azhan kerana bergitu lewat mengemaskini gambar mereka ini ke dalam blog. Alhamdulillah, hari ini ia akan dipamerkan juga bagi tatapan meraka dalam mengharung hari² sebagai pasangan suami isteri. Pasangan sporting ni memang tidak lokek dengan senyuman walaupun kelihatan agak keletihan bila saban waktu merangka dan menyediakan persiapan persandingan mereka dengan sendirinya. Ucapan tahniah dan selamat datang ke kelab orang berumah tangga pada mereka berdua ini. Punca terlalu letih, pengantin dah tidak larat untuk sesi luar pintu...

Dan yang paling seronok, pengambaran telah dilakukan di dalam Penjara Kajang! Banduan ramai tu beb... LoL