Sunday, October 11, 2009

Canon Photo Marathon Malaysia

Canon Photo Marathon Malaysia

Semalam pihak Canon telah berjaya mengadakan satu pertandingan tahunan yang telah masuk kali ke 3 tahun ini di seluruh pelusuk Asia seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan India dan bagi Canon Malaysia ianya berlangsung di Sunway Lagoon.
Pertandingan ini bermula dari jam 7 pagi hingga ke 9 malam. Tapi tak berdaya nak tunggu sampai waktu penutuplah!
Perkara ini sebelumnya diketahui melalui laman MukaBuku dalam kumpulan wakil Canon Malaysia sendiri. Tentu terlepas peluang menyertainya, sekiranya diabaikan ruangan pengumuman dari mereka. Inilah masanya nak cuba bakat, lihat sekadar mana kemampuan akal dan daya tahan badan.

Dengan penuh semangat, dibangkitkan oleh yang tersayang jam 6 pagi lagi seperti hari biasa :P. Cuma hari ni penuh dengan semangat untuk menembak, ialah pertama kali nak masuk ke sana walaupun dekat dengan rumah. Tapi perancangan hanya rancangan. Keluar rumah pukul 0830! atas sebab² tertentu. Tak sempat nak bersarapan dengan teman² untuk perbincangan dan mendapatkan buah fikiran. Namun mujur lewat yang tepat pada masa ketibaan untuk waktu penerangan dari pihak penganjur di tempat berkumpul yang ditetapkan.
Sebelum semua pesaing beredar bagi memulakan aktiviti, pihak penganjur ada menegaskan agar JANGAN; "Menghempuk" sesiapa dengan kamera atau kaki tiga; Mengambil gambar wanita berbikini tanpa izin; Menembak gambar yang bukan²; Tidak dibenarkan post processing atau olahan; Hanya fail JPEG diterima dan Penyerahan fail gambar pada hari yang sama.

Rasa macam mudah saja bila tema yang diberikan hanya 3. Iaitu Percikan air (splash), merah (red) dan "shooting in progress". 6 jam diberikan untuk waktu merakamkan detik yang diperlukan oleh tema² tadi. Tapi bila dah semuanya keluar bersepah, kepala jadi buntu. Manakan tidak, bila perut kosong dan tekak dahaga. Semuanya dah tak nampak! Makanan dan minuman luar tak dibenarkan masuk ke kawasan pertandingan. Pula tu, makanan dalam taman tema air tu mahal melampau dan tidak berbaloi. Bihun goreng yang ciput RM10 + air tin RM5 = RM15 yang dikira melampau.
Bila tak makan dan tak pula dapat nak merokok secara bebas. Kebuntuan akal makin ketara. Semua sudut ada saja yang tak kene. Nak tak nak, tembak sajalah apa yang boleh, lepas itu rehat.
Masalah buntu selesai, berganti pula dengan masalah penyerahan yang makan masa lebih 2 jam! Alang² menyeluk pekasam, biar ke pangkal lengan. Tunggu juga lah untuk serah gambar, lepas tu terus cabut cari nasi.
Malam yang ditunggu masih kabur untuk lihat bakal pemenang. Juri masih buat penilaian hingga jam 2 pagi lebih. Cuma hati terdetik, "belum ada rezeki lagi tahun ini". Terus masuk tidurlah!!!
Esok bangun, lihat keputusan. Memang hampeh! Rezeki jatuh pada tangan lain yang lebih mahir. Apa pun tahniah pada para pemenang.

Thursday, October 8, 2009

Foto Konvo UUM Photoshoot di Putrajaya

_MG_3969

Ahad lepas, ada terima pesanan pendek dari seseorang. Bertanyakan sekiranya senang pada Selasa petang? Erk, terfikir sejenak. Kenapa dia tanya begitu? Lepas bertanya, baru lah tahu, ingin bergambar rupanya. Tapi, rasanya dia ni graduan utara! Hurm...

Mula² sangkakan dia bersendirian atau ditemani rakan. Dalam kepala dah set untuk model shoot terus! :). Harinya tiba, dia call. Ah sudah, datang dengan keluarga rupanya! Hilang terus idea² graduate modeling :P. Jadi, ambil la gambar dengan sekosongnya akal dikepala...
Mujurlah ditemani rakan foto malam tadi. Rasa skema betul shooting hari tu dan inilah sebahagian hasilnya.

Sunday, July 19, 2009

Foto Kahwin Persandingan Liza & Nazer

Garden Of Love

Suatu hari, ada terima panggilan daripada sorang teman nun jauh di selatan. Katanya urgent dan tiada siapa yang dapat ambil alih menggantikan tempatnya yang tidak dapat mengelakkan kerana kerja di seberang.
4-5 kali berfikir dan setelah berbincang dengan teman hidup, akhirnya tanda setuju dimaklumkan. Orang kata, sambil selam minum air. Lama juga tidak ke rumah atuk yang pernah menumpangkan diri dirumahnya sewaktu bekerja diseberang tapi gagal untuk bersua dengan teman² photog disana sebab masa berlalu dengan penuh singkat.
Dalam menjalankan tugas, didapati kedua mempelai pengantin sangat sporting dan bersahaja. Mudah untuk meneruskan kerja² pengambaran. Walaupun ada sedikit malapetaka yang berlaku pada diri sendiri, tidak merencatkan usaha bagi mendapatkan hasil yang baik.
Majlis berlansung di Sekolah Kanak² Istimewa (SKI) JB.

Tuesday, June 16, 2009

Foto Majlis Bertandang Syed & Sophie

S&S @ UPM Hallroom

Majlis persandingan kepada bekas teman serumah sewaktu tika dahulu. Syed, dia ni dah lama berchenta dengan Sufi dan alhamdulillah, termakbul jualah mereka bersatu akhirnya.


Sunday, January 18, 2009

Foto Nikah Perkahwinan Sha & Aswad

Sabtu lepas telah berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu bertempat di Keramat AU2 kediaman ayahanda beliau, Kolonel Zainor (Pak Lang Nor). Alhamdulillah, jayanya majlis sederhana ini berlalu dengan meriah.
Dahulunya angah (Sha) seorang yang pemalu dan pendiam namun setelah sekeluarga pulang dari penghijrahan ke UK selama lebih kurang 10 tahun mengikuti Pak Lang yang menjalankan tugas sebagai duta tentera di sana, angah nampak lebih peramah, bersahaja dan sesekali berjenaka.
Suami beliau adalah jejaka dari Klang yang bertugas sebagai akauntan. Agak goyah bila ditemu ramah tapi sporting dan tak lokek dek senyuman.
Tahniah buat kedua mempelai dan "Welcome to the club!".

Sha & Aswad