Tuesday, March 16, 2010

Foto Perkahwinan Majlis Sanding Siti Khadijah & Mohd Hasbullah

Untitled-1

Pagi Sabtu lepas, bergegaslah ke lokasi pengantin Siti Khadijah atau Jijah dan suami beliau Mohd Hasbullah di Klang. Malang memang berbau, wap air muncul dari depan 'hood' kereta. Dalam tempoh dan jarak yang hanya beberapa ketika, kereta kondem. Sesi pernikahan akan berlansung beberapa minit saja lagi. Nak berjalan, masih jauh bagi jarak kaki dan waktu yang sememang tak akan sempat mengejar. Terpaksalah mengusung kereta dengan jentera lain.
Pendekkan cerita, hanya berkesempatan untuk sesi persandingan saja. Majlis berlangsung dengan penuh kesederhanaan dan tanpa masalah.
Apa pun, mohon ribuan kemaafan pada pasangan majlis kerana kelewatan kami punca kehilangan detik beharga buat mereka.
Kepada pasangan ini, Selamat Pengantin Baru diucapkan. 'Welcome to the club!' dan semoga berbahagia ke anak cucu.

p/s: flash malfuntion during event. memang tak gemar bila terjadi, tapi itulah dugaan. thanks to Hafiz, without him i'm perish.

note on 17th March - the flash is ready and back in business. yeay! that was a quick fix for a warranty and i'm so relieved ;)
and best part, they replaced with new one!

Friday, January 15, 2010

Foto Persandingan Aisyah & Azhan

Roses For Aisyah's Wedding

Salam alaikum dan sejahtera buat semua,

Pertamanya, mohon keampunan kepada Aisyah dan Azhan kerana bergitu lewat mengemaskini gambar mereka ini ke dalam blog. Alhamdulillah, hari ini ia akan dipamerkan juga bagi tatapan meraka dalam mengharung hari² sebagai pasangan suami isteri. Pasangan sporting ni memang tidak lokek dengan senyuman walaupun kelihatan agak keletihan bila saban waktu merangka dan menyediakan persiapan persandingan mereka dengan sendirinya. Ucapan tahniah dan selamat datang ke kelab orang berumah tangga pada mereka berdua ini. Punca terlalu letih, pengantin dah tidak larat untuk sesi luar pintu...

Dan yang paling seronok, pengambaran telah dilakukan di dalam Penjara Kajang! Banduan ramai tu beb... LoL


Sunday, October 11, 2009

Canon Photo Marathon Malaysia

Canon Photo Marathon Malaysia

Semalam pihak Canon telah berjaya mengadakan satu pertandingan tahunan yang telah masuk kali ke 3 tahun ini di seluruh pelusuk Asia seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan India dan bagi Canon Malaysia ianya berlangsung di Sunway Lagoon.
Pertandingan ini bermula dari jam 7 pagi hingga ke 9 malam. Tapi tak berdaya nak tunggu sampai waktu penutuplah!
Perkara ini sebelumnya diketahui melalui laman MukaBuku dalam kumpulan wakil Canon Malaysia sendiri. Tentu terlepas peluang menyertainya, sekiranya diabaikan ruangan pengumuman dari mereka. Inilah masanya nak cuba bakat, lihat sekadar mana kemampuan akal dan daya tahan badan.

Dengan penuh semangat, dibangkitkan oleh yang tersayang jam 6 pagi lagi seperti hari biasa :P. Cuma hari ni penuh dengan semangat untuk menembak, ialah pertama kali nak masuk ke sana walaupun dekat dengan rumah. Tapi perancangan hanya rancangan. Keluar rumah pukul 0830! atas sebab² tertentu. Tak sempat nak bersarapan dengan teman² untuk perbincangan dan mendapatkan buah fikiran. Namun mujur lewat yang tepat pada masa ketibaan untuk waktu penerangan dari pihak penganjur di tempat berkumpul yang ditetapkan.
Sebelum semua pesaing beredar bagi memulakan aktiviti, pihak penganjur ada menegaskan agar JANGAN; "Menghempuk" sesiapa dengan kamera atau kaki tiga; Mengambil gambar wanita berbikini tanpa izin; Menembak gambar yang bukan²; Tidak dibenarkan post processing atau olahan; Hanya fail JPEG diterima dan Penyerahan fail gambar pada hari yang sama.

Rasa macam mudah saja bila tema yang diberikan hanya 3. Iaitu Percikan air (splash), merah (red) dan "shooting in progress". 6 jam diberikan untuk waktu merakamkan detik yang diperlukan oleh tema² tadi. Tapi bila dah semuanya keluar bersepah, kepala jadi buntu. Manakan tidak, bila perut kosong dan tekak dahaga. Semuanya dah tak nampak! Makanan dan minuman luar tak dibenarkan masuk ke kawasan pertandingan. Pula tu, makanan dalam taman tema air tu mahal melampau dan tidak berbaloi. Bihun goreng yang ciput RM10 + air tin RM5 = RM15 yang dikira melampau.
Bila tak makan dan tak pula dapat nak merokok secara bebas. Kebuntuan akal makin ketara. Semua sudut ada saja yang tak kene. Nak tak nak, tembak sajalah apa yang boleh, lepas itu rehat.
Masalah buntu selesai, berganti pula dengan masalah penyerahan yang makan masa lebih 2 jam! Alang² menyeluk pekasam, biar ke pangkal lengan. Tunggu juga lah untuk serah gambar, lepas tu terus cabut cari nasi.
Malam yang ditunggu masih kabur untuk lihat bakal pemenang. Juri masih buat penilaian hingga jam 2 pagi lebih. Cuma hati terdetik, "belum ada rezeki lagi tahun ini". Terus masuk tidurlah!!!
Esok bangun, lihat keputusan. Memang hampeh! Rezeki jatuh pada tangan lain yang lebih mahir. Apa pun tahniah pada para pemenang.

Thursday, October 8, 2009

Foto Konvo UUM Photoshoot di Putrajaya

_MG_3969

Ahad lepas, ada terima pesanan pendek dari seseorang. Bertanyakan sekiranya senang pada Selasa petang? Erk, terfikir sejenak. Kenapa dia tanya begitu? Lepas bertanya, baru lah tahu, ingin bergambar rupanya. Tapi, rasanya dia ni graduan utara! Hurm...

Mula² sangkakan dia bersendirian atau ditemani rakan. Dalam kepala dah set untuk model shoot terus! :). Harinya tiba, dia call. Ah sudah, datang dengan keluarga rupanya! Hilang terus idea² graduate modeling :P. Jadi, ambil la gambar dengan sekosongnya akal dikepala...
Mujurlah ditemani rakan foto malam tadi. Rasa skema betul shooting hari tu dan inilah sebahagian hasilnya.