Showing posts with label Sekolah Kanak² Istimewa Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Kanak² Istimewa Johor Bahru. Show all posts

Sunday, July 19, 2009

Foto Kahwin Persandingan Liza & Nazer

Garden Of Love

Suatu hari, ada terima panggilan daripada sorang teman nun jauh di selatan. Katanya urgent dan tiada siapa yang dapat ambil alih menggantikan tempatnya yang tidak dapat mengelakkan kerana kerja di seberang.
4-5 kali berfikir dan setelah berbincang dengan teman hidup, akhirnya tanda setuju dimaklumkan. Orang kata, sambil selam minum air. Lama juga tidak ke rumah atuk yang pernah menumpangkan diri dirumahnya sewaktu bekerja diseberang tapi gagal untuk bersua dengan teman² photog disana sebab masa berlalu dengan penuh singkat.
Dalam menjalankan tugas, didapati kedua mempelai pengantin sangat sporting dan bersahaja. Mudah untuk meneruskan kerja² pengambaran. Walaupun ada sedikit malapetaka yang berlaku pada diri sendiri, tidak merencatkan usaha bagi mendapatkan hasil yang baik.
Majlis berlansung di Sekolah Kanak² Istimewa (SKI) JB.

Tuesday, November 18, 2008

Foto Album Perkahwinan Suzy & Azim

Suzy & Ajim

Salamsejahtera,
Untuk pengetahuan semua, ada yang bertanya. "Takde contoh album kastam ker?"
Ye tak ye, tak pernahnya ada contoh gambar dari 'custom album' sebelum ni.
Secara jujurnya, memang tak pernah buat lagi! Sebelum inilah...
Jadi, atas permintaan seorang kawan yang juga jurufoto, dia minta buatkan satu album dari set pengambaran bulan Ogos punya sebab tak cukup tangan! Fuh, berapa bulan dah tu... memandangkan dia beri last minit, yang bikin pun last minitlah!
Taklah cantik sangat bandingkan dengan handalan kat luar sanakan!? Tapi rasanya tak la juga seteruk mana. Orang kata "boleh laa..."
Berpinar juga nak siapkan dalam 2 minggu (sebenarnya lebih, tapi belum mula lagi) bila tak ada asas, bayangan dan ketrampilan ide untuk album bila hari² menghadap "Top Gear Series". Jadi, yang keluar pun ala² Fast Furious la!
Senang cerita, saksikan antaranya...