Sunday, January 18, 2009
Foto Nikah Perkahwinan Sha & Aswad
Dahulunya angah (Sha) seorang yang pemalu dan pendiam namun setelah sekeluarga pulang dari penghijrahan ke UK selama lebih kurang 10 tahun mengikuti Pak Lang yang menjalankan tugas sebagai duta tentera di sana, angah nampak lebih peramah, bersahaja dan sesekali berjenaka.
Suami beliau adalah jejaka dari Klang yang bertugas sebagai akauntan. Agak goyah bila ditemu ramah tapi sporting dan tak lokek dek senyuman.
Tahniah buat kedua mempelai dan "Welcome to the club!".
Tuesday, November 18, 2008
Foto Album Perkahwinan Suzy & Azim
Salamsejahtera,
Untuk pengetahuan semua, ada yang bertanya. "Takde contoh album kastam ker?"
Ye tak ye, tak pernahnya ada contoh gambar dari 'custom album' sebelum ni.
Secara jujurnya, memang tak pernah buat lagi! Sebelum inilah...
Jadi, atas permintaan seorang kawan yang juga jurufoto, dia minta buatkan satu album dari set pengambaran bulan Ogos punya sebab tak cukup tangan! Fuh, berapa bulan dah tu... memandangkan dia beri last minit, yang bikin pun last minitlah!
Taklah cantik sangat bandingkan dengan handalan kat luar sanakan!? Tapi rasanya tak la juga seteruk mana. Orang kata "boleh laa..."
Berpinar juga nak siapkan dalam 2 minggu (sebenarnya lebih, tapi belum mula lagi) bila tak ada asas, bayangan dan ketrampilan ide untuk album bila hari² menghadap "Top Gear Series". Jadi, yang keluar pun ala² Fast Furious la!
Senang cerita, saksikan antaranya...
Monday, October 27, 2008
Foto Majlis Bertandang Hasman & Siti
Suasana persandingan yang ringkas sederhana tetapi meriah. Diiringi dengan hujan renyai² sebelum acara bermula membawa keberkatan serta menyejukkan hari yang agak panas di belah pagi.
Pasangan mempelai yang sporting pada mulanya agak keberatan untuk mengadakan sesi outdoor kerana keletihan. Tetapi setelah dipujuk, pengantin bersetuju untuk keluar berjalan di sebabkan keadaan agak hangat di dewan untuk hirup udara luar.
Pasangan ini sebenarnya adalah rakan sejawat Umi ketika di UTM dulu dan kedua-dua mempelai adalah dari pengajian yang sama.
Sekali lagi, jurugambar ditemani rakan sehobi dari Pasir Gudang. Tea-0-Suam atau panggilan Wan.
Ringkasan gambar ini sebagai tirai, selebihnya akan di susuli kemudian. :)
Friday, October 17, 2008
Foto Korporat Hari Kualiti Sindora - JIMB 2008
Anak² syarikat SINDORA BERHAD mempersembahkan hasil produk mereka untuk dipilih yang terbaik bagi mewakili syarikat ke peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di bangunan Komtar Johor.
Seronok juga la tengok persembahan yang serius, merepek dan gempak dari pelbagai anak syarikat seperti Metroparking, Revolution, Security ape ntah etc etc...




















