Saturday, August 30, 2008

Bengkel Fotografi Perkahwinan oleh Fotokahwin...

Hari ini, telah berlangsungnya satu sesi bengkel kemahiran untuk jurufoto khusus bagi mereka yang baru melompat cebur dalam bidang fotografi perkahwinan.
Dikendalikan oleh pengusaha/'founder' Fotokahwin iaitu En. Rushdi atau lebih di kenali dengan Didiz. Seorang yang pakar dalam bidang seni grafik komputer.
Suatu yang menyeronokkan bila dapat menyaksikan sendiri bagaimana Didiz membentangkan cara² mudah mengolah suatu gambar biasa kepada yang jauh lebih menarik untuk dilihat dengan hasil yang segera.
Agak kekok juga pada permulaannya kerana agak kurang biasa dengan cara beliau menguruskan pemprosesan olah gambar untuk diikuti, terutama bila kurang biasa menggunakan aplikasi photoshop. Namun didikan beliau mudah difahami dan diadaptasi.
Terima kasih juga pada kawan² yang turut membantu terutama Wan (LilMojo) dan Salihudin (Pawaka).
Walaupon pengolahan grafik bukan bidang kemahiranku, namun bagi mendapatkan kepuasan diri inilah antara yang terhasil pada peringkat permulaannya.... Saksikan! (Macam poyo bila skema nihkan :))



Model dari Fotokahwin.com

Gambar asal yang terakhir adalah ikhsan dari Didiz olahan AyeEN2

No comments: